Thursday, May 14, 2009

ANDA SISWAZAH? RENUNG-RENUNGKAN

SEBAHAGIAN daripada 3,000 orang beratur sehingga ke tepi jalan
untuk memohon kerja status kontrak di Alor Setar semalam.

Kepada mereka yang bergelar siswazah, bakal siswazah, mahupun bercita-cita untuk menjadi seorang siswazah, hayati apa yang tersurat dan tersirat dalam akhbar utama hari ini. Anda harus merancang kehidupan selepas bergelar graduan sebaiknya jika masih di alam kampus. Tidak dinafikan kebanyakan graduan mengejar kerja makan gaji, tetapi tidak salah jika mencipta peluang pekerjaan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain. Kepada yang telah berjaya menyahut cabaran, sekalung tahniah diucapkan. Secara peribadi, saya kagum dengan kekentalan kalian. Selamat maju jaya.

KOSMO

UTUSAN MALAYSIA

Wednesday, May 13, 2009

SAMPAI BILA?

Semua maklum berkenaan krisis yang berlaku di Perak. Masing-masing bijak menilai yang mana intan dan kaca. Siapa yang berhak dan perampas. Siapa yang bermaruah dan sebaliknya. TINJAUAN Berita Harian setakat pagi ini (15 Mei 2009), menunjukkan keputusan seperti berikut:

Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan?Ya Tidak Berkecuali

Ya : 87.9%

Tidak : 10.3%

Berkecuali : 1.8%

Selamat menilai, adalah kerajaan BN sanggup bertahan? sampai bila mereka masih mahu bersandiwara di sebalik kuasa media dan penyalahgunaan institusi beraja? Adakah mereka mempunyai maruah?

Monday, May 11, 2009

Akhirnya Kebenaran Tertegak Jua


Salam.. maaf lama menyepi...

Coretan di berita mutakhir akhbar tempatan dan alternatif hari ini menyebabkan saya berminat untuk memberi komen, siapa MB Haram talah terbukti pada petang tadi apabila Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Y.A.B. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. Alhamdulillah, harap-harap lepas ni kerajaan haram Perak yang bertahan lebih kurang 3 bulan merasa sedar diri dan berundur dengan rasa hormat. Lebih baik letak jawatan bersama beramai-ramai. Lebih matang daripada berbalah tidak tentu hala di dalam dewan, berebut kerusi speaker, dan mencari publisiti murahan dengan menipu rakyat di TV3. Alhamdulillah, akhirnya pada hari ini, sempena Hari Ibu yang disambut pada hari semalam, sejarah telah tercipta. Kepada pendukung gerakan Islam, jangan lkupa sujud syukur. Kepada Y.A.B. Datuk Seri Mohamad Nizar, selamat bertugas dan semoga maju jaya.