Alhamdulillah, setelah berhempas pulas hampir 2 bulan, akhirnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) sekali lagi berjaya mengekalkan kemenangan di Manek Urai. Walaupun kemenangan yang diperolehi cukup-cukup memeritkan kesan dari majoriti yang terlalu tipis ibarat headline dalam Berita Harian "PAS perolehi kemenangan nyawa-nyawa ikan"... pada saya rezeki kepada pemenang yang bergelar peraih ikan di Bandar Kuala Krai.
'Ibrah dari kemenangan ini cukup besar. Pada hemat saya, akhbar rasmi negara pada hari esok pasti akan memaparkan kejayaan BN menjatuhkan majoriti PAS dengan cukup besar walaupun pada hakikatnya mereka tewas. Walaupun kehadiran Timbalan Perdana Menteri dengan helikopter rasmi kerajaan melebihi tiga kali sepanjang tempoh berkempen, menteri-menteri kabinet, anggota bahagian dari seluruh pelusuk tanah air datang berkampung di Kuala Krai semata-mata untuk memastikan kemenangan calon mereka. Saya tersenyum sinis semasaa berborak dengan rakan-rakan, apabila salah seorang dari mereka menyebutkan : "Isk isk, bila la YB tempat aku nak mati, best betul ramai tok menteri, YB2 turun bagi macam-macam :) ... Fikir-fikirkan...
Paling tidak, walaupun mereka pulang dengan tangan kosong pada hari ini, tetapi sekelumit hati tersimpan rasa puas atas kejayaan mengurangkan majoriti PAS ibarat suasana nazak di kawasan tersebut. Janji TPM untuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru bernilai 7 juta selain menjadikan kawasan Manek Urai sebagai anak emas kerajaan hampir berjaya memakan sejumlah pengundi untuk beralih arah kepada mereka. Jumlah 65 tersebut hanyalah penyelamat @ mungkin Nasrullah, peringatan bagi mereka yang meyakini perjuangan di landasan Islam yang sebenar.
Kehebatan media perdana sama ada media cetak atau elektronik menyebarkan propaganda berkenaan kerajaan perpaduan, isu dalaman PAS iaitu perbalahan antara pucuk pimpinan dan bermacam-macam lagi. Pada hemat saya, wajar untuk pendukung jemaah islam pada hari ini bermuhasabah.. Adakah kita pada hari ini hanya perlu menunggu pilihanraya umum ke 13 yang dijadualkan tiga tahun lagi untuk bersedia? Adakah kita hanya perlu bergembira, bermegah dengan taujihad-taujihad kemenangan, kebanggaan dalam PRU ke 12 tahun lalu... Acapkali singgah di telinga saya, kita adalah waiting governance, kemenangan sudah hampir, bersediakah kita? Sedarkah kita kajian menunjukkan pengundi Melayu mula beralih arah... Bukti jelas di kawasan Bukit Gantang dan Manek Urai... Walaupun isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetangah pihak, tetapi adakah kita hanya mahu berdiam diri dan mengucapkan kalimah : "ala, PRU lama lagi, relaks la"...
Kepada sahabat2, mari kita fikir-fikirkan =)