Thursday, March 26, 2009

Najib PM, Muhyiddin TPM, Khairy??

Ramai bertanya kenapa saya gemar melihat perhimpunan UMNO... kenapa saya ikuti perkembangan terlalu mendalam... sampai ada yang mesej bertanya, 'dah lompat parti ke?', Jangan silap sangka...suka saya menjelaskan di sini bahawa niat saya adalah untuk mengetahui, menganalisa dan mengambil pengajaran atas apa jua yang dilakukan dan dibahaskan. Walupun berbeza fikrah perjuangan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus sedar dan akur dalam tempoh waktu ini, Perhimpunan UMNO cukup penting kerana natijah daripada keputusan pemilihan yang dibuat bakal menentukan corak pentadbiran negara.
Datuk Seri Najib bakal bergelar Perdana Menteri, manakala TPM kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pemilihan Ketua Pemuda cukup mengejutkan banyak pihak, pemilihan Khairy Jamaluddin @ KJ cukup membuktikan kesalahan rasuah yang dialakukan olehnya walaupun hanya diberi AMARAN oleh lembaga disiplin parti tidak diendahkan oleh para perwakilan. Entah di mana kelebihan Khairy di mata perwakilan berbanding calon favourite saya, Y.B. Mukhriz Mahathir yang mendapat undi terendah semasa pemilihan tersebut berbanding semasa pencalonan di peringkat bahagian di mana beliau mencatat undi tertinggi.
Pemilihan ini juga cukup membuktikan perwakilan mula menolak kepimpinan UMNO pak hangguk, ramai Menteri Besar dan ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri gagal mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT), sebaliknya muka baru yang dipilih kebanyakannya yang lantang bersuara seperti datuk Puad Zarkashi (Batu Pahat) dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan). Adakah ini satu reformasi dalam UMNO?
Saya cukup tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Bekas Pensyarah UIA yang tewas bertanding di Tumpat dalam PRU 12) dalam satu temuramah bersama TV3 pagi semalam di mana beliau menyebut faktor utama PAS berjaya mendapat sokongan orang muda ialah kejayaan PAS mengkaderkan ahli sejak di kampus lagi melalui usaha pentarbiyyahan, tamrin ahli mahupun pimpinan dan sebagainya. Berbeza dengan UMNO yang cukup selesa dan mendabik dada, justeru beliau menyeru UMNO berubah dan melakukan reformasi besar-besaran kerana menurutnya lagi, siswa siswi di kampus adalah aset cukup mahal kerana mereka mampu mempengaruhi masyarakat.
Kenyataan Datuk Seri Najib semasa merasmikan perhimpunan serentak pemuda, wanita dan puteri di mana beliau menyebut UMNO perlu berubah dari segi penerapan nilai asas, jika sebelum ini kursus dan penerangan diadakan di hotel dan resort 5 bintang, selepas ini akan dilakukan di kem-kem tentera untuk membentuk fizikal yang tahan daya lasak dan mampu berkorban.....
Justeru, buat semua abnaul harakah, sama-sama kita fikir-fikirkan, renung-renungkan.. Berpijak di bumi yang nyata, jangan terlalu idealistik dan retorik serta menolak fakta yang terbentang di depan mata....

Keputusan Pemilihan UMNO 2008

Presiden : Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden : Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi
Naib presiden : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi

Ketua Pemuda : Y.B. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil
Ketua Puteri : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin





Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat Masjid Temenggung Daing Abd Rahman, Benut Pontian telah selamat disempurnakan pada 21 Mac 2009 @ Hari Lahir saya :), hadiah hari lahir yang cukup istimewa, dapat bersama dengan dua orang penceramah yang cukup terkemuka di tanah air, Keletihan dan tekanan akhirnya lenyap begitu sahaja apabila beliau sekeluarga sudi hadir ke rumah saya selepas ceramah untuk berehat sambil menjamah hidangan... Ibu dan ayah cukup gembira ketika itu, mungkin ini hadiah kecil saya yang tidak seberapa untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa saya yang banyak berkorban sebelum ini...
Untuk makluman, ini kali pertama saya terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa dengan penduduk kariah saya untuk memastikan sambutan berjalan lancar. Teringat kata Madam Martinelli @ Deputy Director S-Dev UIAM, 'anda akan rasa kelainan yang cukup berbeza apabila bekerja dengan masyarakat desa berbanding dengan suasana di kampus'.. :), banyak asam garam, pahit manis dan 1001 kenangan dilalui sepanjang menjayakan program ini... Alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup di luar dugaan. Semoga topik yang dikupas oleh kedua ahli panel iaitu PERANAN MASJID DALAM MEMBENTUK KELUARGA SAKINAH dapat dimanfaatkan oleh merekan yang hadir. Insya ALLAH...
Semoga program ini diberkati dan dirahmati oleh ALLAH s.w.t. :) Amin....

Kehadiran muslimat cukup memberangsangkan


Melayan tetamu istimewa yang hadir ke rumah

Sempat berpesan sesuatu sebelum memulakan ceramah

Aksi panelis yang mampu memukau ribuan hadirin yang hadir

Tangga masjid turut dipenuhi hadirin lantaran khemah yang tidak mencukupi

8 khemah disediakan untuk menampung kehadiran hadirin

Gambar kenangan bersama keluarga

Maaf...

Salam..
Maaf kepada semua disebabkan faktor kesuntukan masa sejak kebelakangan ini, saya terpaksa meninggalkan buat sementara blog ini. Penyediaan soalan ujian, penandaan, sambutan Maulidur Rasul peringkat kawasan kariah saya dan tugas luar jangka memaksimumkan masa harian saya. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Kini, tugas saya sebagai pendidik di siang hari manakala mengajar tuisyen pada setiap rabu dan khamis (malam) untuk dua subjek yang agak mencabar, PPSMI @ math and science. Mencabar untuk saya memahami dan cuba memahamkan anak bangsa saya sendiri... Doakan saya... :)

Tuesday, March 10, 2009

Pertemuan empat mata PM-Anwar cetus spekulasi


Makin menarik kisah politik di negara kita.... :)




Maaf

Salam...

Maaf...Sejak seminggu ini saya mungkin kurang update blog etc. Mesej dari kawan2 pun kadang lewat atau tidak terbalas. Masa agak suntuk tambahan perlu menyiapkan kertas soalan dan menanda lebih 200 skrip jawapan pelajar... Tapi itulah resam bekerja sebagai pendidik :).. seronok :P... alhamdulillah.........

Monday, March 9, 2009

ANUGERAH PERDANA TOKOH MAULIDUR RASUL

Tahniah buat sifu saya merangkap Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr. Sidek Baba kerana dipilih menjadi penerima Anugerah Perdana Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat kebangsaan pada hari ini.
Berita lanjut, klik di sini

SALAM MAULIDUR RASUL 1430H