Ramai bertanya kenapa saya gemar melihat perhimpunan UMNO... kenapa saya ikuti perkembangan terlalu mendalam... sampai ada yang mesej bertanya, 'dah lompat parti ke?', Jangan silap sangka...suka saya menjelaskan di sini bahawa niat saya adalah untuk mengetahui, menganalisa dan mengambil pengajaran atas apa jua yang dilakukan dan dibahaskan. Walupun berbeza fikrah perjuangan, sebagai rakyat Malaysia, kita harus sedar dan akur dalam tempoh waktu ini, Perhimpunan UMNO cukup penting kerana natijah daripada keputusan pemilihan yang dibuat bakal menentukan corak pentadbiran negara.
Datuk Seri Najib bakal bergelar Perdana Menteri, manakala TPM kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pemilihan Ketua Pemuda cukup mengejutkan banyak pihak, pemilihan Khairy Jamaluddin @ KJ cukup membuktikan kesalahan rasuah yang dialakukan olehnya walaupun hanya diberi AMARAN oleh lembaga disiplin parti tidak diendahkan oleh para perwakilan. Entah di mana kelebihan Khairy di mata perwakilan berbanding calon favourite saya, Y.B. Mukhriz Mahathir yang mendapat undi terendah semasa pemilihan tersebut berbanding semasa pencalonan di peringkat bahagian di mana beliau mencatat undi tertinggi.
Pemilihan ini juga cukup membuktikan perwakilan mula menolak kepimpinan UMNO pak hangguk, ramai Menteri Besar dan ketua Menteri, Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri gagal mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT), sebaliknya muka baru yang dipilih kebanyakannya yang lantang bersuara seperti datuk Puad Zarkashi (Batu Pahat) dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan). Adakah ini satu reformasi dalam UMNO?
Saya cukup tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Bekas Pensyarah UIA yang tewas bertanding di Tumpat dalam PRU 12) dalam satu temuramah bersama TV3 pagi semalam di mana beliau menyebut faktor utama PAS berjaya mendapat sokongan orang muda ialah kejayaan PAS mengkaderkan ahli sejak di kampus lagi melalui usaha pentarbiyyahan, tamrin ahli mahupun pimpinan dan sebagainya. Berbeza dengan UMNO yang cukup selesa dan mendabik dada, justeru beliau menyeru UMNO berubah dan melakukan reformasi besar-besaran kerana menurutnya lagi, siswa siswi di kampus adalah aset cukup mahal kerana mereka mampu mempengaruhi masyarakat.
Kenyataan Datuk Seri Najib semasa merasmikan perhimpunan serentak pemuda, wanita dan puteri di mana beliau menyebut UMNO perlu berubah dari segi penerapan nilai asas, jika sebelum ini kursus dan penerangan diadakan di hotel dan resort 5 bintang, selepas ini akan dilakukan di kem-kem tentera untuk membentuk fizikal yang tahan daya lasak dan mampu berkorban.....
Justeru, buat semua abnaul harakah, sama-sama kita fikir-fikirkan, renung-renungkan.. Berpijak di bumi yang nyata, jangan terlalu idealistik dan retorik serta menolak fakta yang terbentang di depan mata....
1 comment:
oh adib.. ;)
nmpak nama KJ, xle lps gtu je x komen kan..heheh..
anis pun sama jgk, mmg berminat ikuti bnd2 umno nih.
haritu masa g hujah, yg mana calon2 ketua pemuda berdebat..kita boleh buat analisa sendri..
Khir Toyo - dia sgt menjiwai perjuangn umno. mgkin sbb dia 'senior' kan.dia byk kaitkan sejarah2 lama umno.
Yb Mukhriz - tulus!! n keep on saying "kita perlukan pemimpin yg tegas".
KJ - lebih kpd pembaharuan. apa yg KJ ckp mlm tu, mmg lebih kpd nk menarik org2 muda..
apepun, KJ sah dah jd ketua.
kita tgk lah apa yg dia buat nnt ;)
Post a Comment