Thursday, March 26, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat Masjid Temenggung Daing Abd Rahman, Benut Pontian telah selamat disempurnakan pada 21 Mac 2009 @ Hari Lahir saya :), hadiah hari lahir yang cukup istimewa, dapat bersama dengan dua orang penceramah yang cukup terkemuka di tanah air, Keletihan dan tekanan akhirnya lenyap begitu sahaja apabila beliau sekeluarga sudi hadir ke rumah saya selepas ceramah untuk berehat sambil menjamah hidangan... Ibu dan ayah cukup gembira ketika itu, mungkin ini hadiah kecil saya yang tidak seberapa untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa saya yang banyak berkorban sebelum ini...
Untuk makluman, ini kali pertama saya terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa dengan penduduk kariah saya untuk memastikan sambutan berjalan lancar. Teringat kata Madam Martinelli @ Deputy Director S-Dev UIAM, 'anda akan rasa kelainan yang cukup berbeza apabila bekerja dengan masyarakat desa berbanding dengan suasana di kampus'.. :), banyak asam garam, pahit manis dan 1001 kenangan dilalui sepanjang menjayakan program ini... Alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup di luar dugaan. Semoga topik yang dikupas oleh kedua ahli panel iaitu PERANAN MASJID DALAM MEMBENTUK KELUARGA SAKINAH dapat dimanfaatkan oleh merekan yang hadir. Insya ALLAH...
Semoga program ini diberkati dan dirahmati oleh ALLAH s.w.t. :) Amin....

Kehadiran muslimat cukup memberangsangkan


Melayan tetamu istimewa yang hadir ke rumah

Sempat berpesan sesuatu sebelum memulakan ceramah

Aksi panelis yang mampu memukau ribuan hadirin yang hadir

Tangga masjid turut dipenuhi hadirin lantaran khemah yang tidak mencukupi

8 khemah disediakan untuk menampung kehadiran hadirin

Gambar kenangan bersama keluarga

3 comments:

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

wah..mantapnye adib..leh bawak penceramah tersohor sampai ke rumah tu..kire 'bawak balik' la ni. heheheh..
tahniah atas penganjuran tu.
smg misi dakwah dapat diteruskan walau dimana saja n dengan sesiapa saja.....

epi besday!

MUHAMMAD ADIB BIN HATIM said...

Terima kasih.. semoga niat kita diterima oleh ALLAH s.w.t.

Mohd Shahrizal Nasir said...

Sape x knal Adib nie..memang kalau wat keje...yg terbaek punye...hehehe. Moga terus berdakwah...