Saya mengambil keputusan untuk beralih arah bagi entry kali ini dengan tidak menyiarkan komentar peribadi berkenaan isu berat, terutamanya siasah. Hari ini adalah hari yang memberi ketenangan minda buat diri saya... Setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan iaitu kira-kira 7 tahun yang lalu, pengalaman pada pagi tadi mengingatkan saya akan sejarah silam sewatu di hari persekolahan... Takwim awal tahun persekolahan tidak lengkap tanpa Hari Sukan sekolah..dan peristiwa ini ketika diimbau hampir sedekad yang lalu, menyebabkan saya tertawa sendirian... Apa tidaknya, hari sukan sekolah akan menyebabkan saya untuk mencipta 1001 alasan untuk tidak melibatkan diri dengan acara sukantara, terutamanya olahraga. Pelbagai alasan diberi kepada guru pasukan, lebih-lebih lagi ketika itu saya tinggal di asrama, keraa tidak mahu terlibat dengan acara sukantara, saya sanggup menawarkan diri menjadi pembantu warden menceriakan asrama sewaktu hari sukan, alasan tidak sihat, dsb.. agak nakal lagi apabila saya di tingkatan 5, mengambil kesempatan 'beruzlah' di Bilik Pengawas sekolah ketika sukantara.. hehe.. (Nakalnya diriku ini... hehe :p)Apabila mengimbau kenangan tersebut, dan membandingkan situasi kini apabila saya bergelar pendidik yang berhadapan dengan pelbagai keletah dan ragam pelajar di sekolahku.. pelajar abad ke 21...saya tersenyum sendirian... Dalam hati saya berdetik, "agaknya inilah perasaan guruku suatu ketika dahulu... mendidikku dengan penuh sabar... melayani setiap karenahku dan rakan-rakan yang lain... Terima kasih guru.. Ku hadiahkan Al-Fatihah buat semua guru yang telah mendidikku sejak di bangku sekolah rendah sehingga aku menjadi seperti hari ini... Terima kasih cikgu :)"
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
waaahh..meriahnyer! ustaz Adib rumah ape? hehehe.. anak murid sama tinggi ngan ustaz :p gurau je ustaz Adib!
Huhu..memang meriah betul budak2 sekolah ni.. :p Cam Hari Merdeka plak ada bunga bergerak kui3 :p
Bonde, kita berdua je ke bg komen kat sini? hihi :p
Ana rumah yang menang le.. hehe, sebab ana tak de rumah sukan lagi, jadi sokong sapa menang, hehe... Thanks
Post a Comment