Thursday, January 22, 2009

Syukur dan Terima Kasih....




PRK UIAM 09... ALHAMDULILLAH

Link:
Click Here: Harakah Daily
Click Here: Malaysia Kini


Alhamdulillah, degupan jantung yang semakin kencang tatkala menanti detik keputusan PRK 09 diumumkan akhirnya terjawab...
Sekali lagi Pro Mahasiswa berjaya mengungguli PRK 09 UIAM pada kali ini @ menang bergaya {memetik kata sahabat ana, zaki :) }
Kemenangan yang WAJIB disyukuri, Pro M berjaya mengungguli 19 daripada 24 kerusi kulliyyah yang dipertandingkan.
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberitahu keputusan penuh kepada saya yang tidak dapat bersama di majlis tersebut sejurus selepas diumumkan oleh Election Commissioner, Dato' Hamidon Abd Hamid kira-kira 6.35 petang tadi.
Semoga kemenangan @ amanah yang cukup berat dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. dapat dilaksanakan sebaiknya dengan membawa suara keramat mahasiswa, isu-isu kebajikan terutamanya dan aktiviti-aktiviti berfaedah khusus untuk mahasiswa UIAM dan massa umumnya.

Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.

GOMBAK CAMPUS

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES

MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES


AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS

AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)

MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590

KULLIYYAH OF ENGINEERING

NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN

MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)
Untuk Kulliyyah di Kuantan, Insya ALLAH akan di update dalam masa terdekat. Mohon ribuan kemaafan.
Tahniah kepada seluruh jentera Pro Mahasiswa yang bertungkus lumus sepanjang PRK 09 ini diadakan.
Siru 'Ala Barakatillah ;)

PILIHANRAYA KAMPUS PANAS ??

Saya amat tertarik dengan artikel berikut yang dikeluarkan oleh Malaysiakini... Mungkin bagi segelintir aktivis mahasiswa, mereka kurang bersetuju dengan artikel ini. Mungkin juga ada yang merasakan terkena batang hidung sendiri... Aduh.. pedihnya, akan tetapi masih mahu berdalih dan memberi 1001 alasan.
Pada hemat saya, kita wajar menghormati pandangan orang lain. Sekeras mana jiwa kita sekalipun, ambillah yang baik sebagai pengajaran. Saya bertegas dan seringkali mengingatkan sahabat di sekeliling saya, Jangan korbankan prinsip semata-mata untuk mencapai matlamat.. Selain erti kata mudah, matlamat tidak akan menghalalkan cara...
Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, prinsip saya yang sebenar, pada hakikatnya, saya menyokong kepada prinsip di pihak yang benar, dan menolak yang batil. Kita baru bertanding dalam kelompok komuniti kampus sahaja, belum terjun ke medan luar yang menjanjikan 1001 cabaran dan dugaan yang kita sendiri tidak tahu mampu menempuhinya atau tidak...
Wallahua'lam...
p/s: di kala ini hati saya berdegup kencang menantikan keputusan PRK UIAM 2009 yang bakal diumumkan dalam sejam dari sekarang. Secara jujurnya, Debaran yang saya hadapi lebih pada hari ini lebih teruk berbanding tahun lepas ketika saya menjadi calon ketika itu. Moga kemenangan berpihak kepada mereka yang berhak menerimanya dan kemenangan itu adalah amanah Allah bukan istidraj semata-mata...
Siru 'ala barakatillah... :)
Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama. Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa? Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini. Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri. Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.

Wednesday, January 21, 2009

Maaf....

Salam kemaafan buat semua sahabat2 yang sedang sengit berkempen untuk PRK kali ini di UIAM...

Saya mohon maaf terpaksa membatalkan janji untuk turun membantu di saat akhir memandangkan saya terpaksa melapor diri sebagai pendidik pada hari ini di Sek Men Benut, Pontian. Alhamdulillah, kedudukan sekolah yang saya kira tidak sampai 1 km dari rumah agak memudahkan. Pengalaman hari pertama mengajar dan saya jadikan satu cabaran awal untuk terjun ke medan dakwah yang realiti. Kalau sebelum ini, suasana agak selesa di UIAM, dengan bi'ah yang lebih baik dan sebagainya, tetapi pada hari ini, saya bertekad untuk mencuba terjun ke lapangan mad'u yang baru.

Sebagai pembimbing kepada pelajar yang beza usia lebih kurang 7 - 11 tahun dari saya (Form 2- Form 5), saya merasa pengalaman yang cukup mahal, mana mungkin dalam satu kelas, hampir 80% tidak tahu membaca Al-Quran, lebih mengejutkan ada yang masih lemah mengeja huruf rumi walaupun bakal menjadi calon peperiksaan SPM pada tahun ini.... Agak mendukacitakan, untuk kelas yang diletakkan dalam kapasiti Gred A, apabila saya cube menanyakan satu soalan ringkas... "Berapa RUKUN IMAN?", maka dengan spontan pelajar itu menjawab.. "5 cikgu..".. terkejut dalam hati saya.. sambil melemparkan senyuman menyembunyikan perasaan.. "Anda yakin.. 5 atau 7?", erm... "7 cikgu", jawab pelajar tersebut.. Astaghfirullah.. hati saya berdetik... Baiklah, saya cuba bertanya pada lain, mereka nampak memikirkan lagi.. Alhamdulillah, akhirnya mereka sepakat menyakatakan 6 setelah saya cuba bermain psikologi dengan mereka... "Cuba nyatakan rukun Iman pertama?"... Jawab soalan pelajar dengan penuh yakin: "Kepercayaan Kepada Tuhan.. cikgu!.." Aduh.. detik hatiku sambil tersenyum dan bertanya... "Itu Rukun Negara atau Rukun Iman?", maka pelajar tadi tersipu-sipu malu...

Itu salah satu bingkisan pengalaman yang cukup manis untuk diingati tapi pahit untuk dikenang.. Adik-adik remaja kita belasan tahun pada hari ini... Itulah realitinya... Saya cuba bersangka baik mereka mungkin keliru dengan jawapan tersebut. Tidak mengapa, saya optimis, mereka ada kesungguhan dan masih ada jalan peluang untuk memperbaiki keadaan. Sebagai seorang yang ditaklifkan sebagai pendidik, saya perlu tabah dan cekal menghadapi ujian ini yang saya rasakan baru 0.001% daripada medan dakwah sebenar.... Saya sayangkan anak bangsa yang seagama dengan saya... saya tidak mahu mereka lalai dengan segala mehnah dan cabaran masa kini... Tugas saya, tugas kita... tugas semua yang mengaku sebagai pendukung gerakan ISLAM...

Sahabat2 ahli gerakan di UIAM, saya mengucapkan selamat menghadapi hari esok @ kemuncak Pilihanraya kampus dengan seadanya, kita telah berusaha sebaiknya, banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH s.w.t...

Semoga apa jua keputusan pada hari esok dapat diterima dengan hati yang lapang dan terbuka... Jika kemenangan milik kita, marilah kita berdoa agar kemenangan itu bukan Istidraj dari Allah s.w.t. dan bersama MENGISI kemenangan sebaiknya. Sebaliknya, jika kekalahan yang terpaksa kita tempuhi, terimalah dengan hati yang redha, mungkin itu satu ujian Tuhan untuk kita bersama memperbaiki diri dan jemaah ke arah yang lebih baik pada tahun ini..

Siru 'Ala Barakatillah... :)

WE UNITE FOR ISLAM! TAKBIR!!!

UIAM ABAIKAN KONSEP ISLAM

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya agak terkejut membaca akhabar utusan pada hari ini di ruangan Forum. Seorang pembaca telah memberi komen ikhlas berkenaan situasi di UIAM pada ketika ini. Kenyataan yang realiti tetapi agak pahit untuk ditelan oleh semua terutama warga UIAM sendiri. Itulah yang berlaku. Saya amat berharap pihak pentadbiran UIAM, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan ditentukan pada hari esok malah seluruh komuniti UIAM yang dihargai, bangkit dan menyedari hakikat yang berlaku serta mencari titik penyelesaian. Bersama menjaga nama baik Universiti Islam Antarabangsa yang kita cintai.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan keratan akhbar.


UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepakat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada ketika ini umat Islam seluruh dunia amat memandang tinggi institusi ini. Ini kerana UIA menekankan ciri-ciri Islam kepada pelajar-pelajar dan pekerja. Malah pelawat luar juga dikenakan peraturan untuk menutup aurat apabila memasuki kawasan kampus UIA dan kepada pelawat bukan Islam sekurang-kurangnya memakai selendang bagi perempuan.
Namun pada ketika ini peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu semakin diabaikan oleh pelajar, malahan tiada penguatkuasaan terhadap pelawat yang tidak menutup aurat. Ini dapat dilihat pelajar-pelajar perempuan UIA hanya mengenakan tudung yang jarang, nipis dan amat singkat.
Pelawat yang datang juga hanya mengenakan pakaian paras lutut dan baju tanpa lengan, perkara ini dapat dilihat pada hari pendaftaran. Begitu juga pembekal yang menghantar barang ke dalam kampus.
Saya amat bimbang mengenai perkara ini sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Jika perkara ini diabaikan lama-kelamaan UIA akan dipandang hina oleh masyarakat dan negara luar terutamanya negara-negara Islam.
Oleh itu saya amat berharap pihak bertanggungjawab di UIA dapat mengambil inisiatif mengatasi perkara tersebut. Saya juga dengan rasa prihatin ingin mencadangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan oleh pihak dekan, bahagian disiplin dan juga pihak pengawal keselamatan.
Perkara ini juga meliputi akhlak pelajar-pelajar UIA Kampus Nilai yang mana disiplin mereka berada pada tahap yang agak kritikal apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran. Ini kerana Kampus Nilai terbuka dan tanpa pengawasan dari pengawal dan pihak bertanggungjawab. Perkara ini amat dikesali kerana di Kampus Nilai dapat dilihat pelajar UIA ada yang tidak mengenakan tudung apabila keluar dari kawasan kampus dan pelajar lelaki hanya memakai seluar pendek apabila keluar dari bilik.
Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dari UIA dapat mengambil tindakan yang tegas dan mengetatkan peraturan-peraturan di kampus agar UIAM dapat mengekalkan imej Islam di mata masyarakat.
LOVE ISLAM
UIA

Tuesday, January 20, 2009

IMBAUAN PRK 2007

Mengenang kembali PRK 2007. Hari penamaan calon yang diadakan sebanyak dua kali menyebabkan kempen yang sepatutnya dilakukan selama 6 hari disingkatkan kepada sehari sahaja.
Syukur Alhamdulillah, Pro Mahasiswa masih berjaya mengekalkan penguasaan dan menjadi kampus tunggal yang memenangi PRK tersebut. Semoga kejayaan tersebut dapat diulangi pada tahun ini. Buat Pro Mahasiswa Universiti Malaya, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kerana berjaya memenangi 8 daripada 9 kerusi umum serta 13 kerusi fakulti. Semoga dua kampus utama ini akan bersama membawa suara mahasiswa pada tahun ini.
KEPUTUSAN PRK 07 : SUMBER-KOSMO
PRO MAHASISWA KEKALKAN PENGUASAAN MPP DI UIAM : KOSMO

WAJAH-WAJAH CALON PRO-M SELEPAS KEPUTUSAN RASMI


PELAJAR DI KULLIYYAH IRK BERATUR UNTUK MEMBUANG UNDI

E-VOTING { WAJAH CALON KULLIYYAH IRKHS}
BERSAMA SAHABAT YANG MEMBANTU KEMPEN

BERKEMPEN DI BANGUNAN HS BUILDING

Monday, January 19, 2009

IIUM SRC ELECTION 2009


IIUM SRC Election 09: Nomination Day

Alhamdulillah, penamaan calon telah selesai berlangsung dalam suasana yang aman pagi tadi.

Kini, debaran , saingan mahupun pengorbanan telah bermula.

Saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat di UIAM, sesibuk mana sekalipun antum berkempen untuk kawan masing-masing, pastikan antum tidak lupa pada tanggungjawab yang utama @ akademik. Hadir ke kelas pada waktunya walaupun pada saat-saat genting ini. Itulah nilai seorang pejuang yang sebenar, bijak membahagikan masa.

Akhir sekali, setelah gigih berusaha, pastikan antum meletakkan pergantungan pada ALLAH kerana padanya tempat berserah. Terima apa jua keputusan seadanya kerana setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Salam juang, selamat berkempen, selamat maju jaya

Buat semua calon, penyokong dan aktivis mahasiswa UIAM :)

Sunday, January 18, 2009

PILIHANRAYA KAMPUS UIAM 2009

Salam ukhuwwah...

Setelah lebih 120 hari kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UIAM yang ditaklifkan untuk saya menjadi nakhoda meletak jawatan secara rasmi pada 19 September yang lalu, kini tibalah detik yang mendebarkan bagi kebanyakan aktivis mahasiswa dan agak melegakan bagi diri saya sendiri. Rasa lega disebabkan walaupun selama ini telah melepaskan jawatan secara rasmi, tetapi hakikatnya mereka masih menggelarkan kami @ MPP 07/08 sebagai 'Caretaker government'... kononnya lah,:)... Pihak media sama ada media tempatan mahupun alternatif, mahasiswa mahupun sebilangan besar office di UIAM masih menghubungi kami di pihak MPP 07/08 untuk bertanya, mendapat penjelasan tentang sesuatu isu dan sebagainya. Hakikatnya, dalam minggu ini @ khamis/22 Januari, kerusi-kerusi MPP UIAM akan terisi jua dengan pelapis kepimpinan baru sesi 2009. Alhamdulillah...

Pilihanraya kampus UIAM saya jangkakan akan menjadi fokus utama media memandangkan ia adalah antara kampus IPTA terakhir melaksanakan Pilihanraya Kampus berbanding dengan kampus utama lain seperti UM yang akan berlangsung esok @ Isnin manakala kampus lain telah selesai pada minggu lalu. Paling menarik dan memecah sejarah PRK pada tahun ini, tarikh telah ditunda sebanyak 3 kali dalam masa 2 minggu.

Notis pertama yang keluar pada 5 Januari lalu jam 4 petang memecah kebuntuan sahabat2 yang berteka-teki berhubung tarikh PRK iaitu 12 Jan (penamaan calon) dan 15 Jan (pengundian) malah ada yang membuat pelbagai andaian tentang permainan terbaru pihak2 tertentu pada kali ini. Tidak sampai 24 jam notis tersebut dikeluarkan, apabila calon yang berkobar-kobar untuk bertanding telah bersedia mengambil borang mengikut tarikh yang dicatatkan keesokan harinya @ Selasa, adalah menjengkelkan apabila diberitahu notis semalam dibatalkan atas arahan pihak atasan di UIAM. mereka dikehendaki menunggu tarikh seterusnya.

Maka pada hemat saya, strategi yang saya sifatkan 'nakal' oleh mereka-mereka ini telah bermula. Seperti dijangka, Pilihanraya ditunda kepada satu tarikh baru iaitu pada 16 Jan/Jumaat (Penamaan) dan 19 Jan/Isnin (Pengundian). Maka kebanyakan calon dan para penyokong agak pening memikirkan bagaimanakah strategi berkempen hendak dibuat sedangkan tempoh hari kempen berlaku pada hari Sabtu dan Ahad. Kempen dalam PRK cukup penting untuk memperkenalkan calon, manifesto dan isu yang akan dibawa oleh calon sekiranya dipilih menganggotai kabinet MPP kelak.

Rayuan demi rayuan untuk mengubah tarikh tersebut tidak diterima. Memorandum juga tidak dilayan dengan alasan dan jawapan apabila ditanya isu ini, "pandai-pandai kamu la nak berkempen walaupun pada hujung minggu", "eh, nasib kamu la kali ni" ...hmm....agak tidak profesional pada hemat saya jawapan yang diberi oleh salah seorang kakitangan atasan ini.

Kuasa Allah mengatasi segala perancangan hambanya. Seperti dalam ayat Al-Quran,
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
Maka ditakdirkan pada hari Selasa @ 13 Jan yang lalu, seluruh kawasan Gombak mengalami keputusan bekalan air disebabkan satu kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Karak. Pihak SYABAS menjangkakan tempoh lebih 3 hari untuk membaik pulih masalah berkenaan. Maka pihak pentadbiran UIAM telah memutuskan untuk memberi cuti kepada para pelajar pada 16 - 18 Jan. Sekali lagi, PRK terpaksa ditangguhkan. Tetapi penangguhan pada kali ini disambut dengan rasa syukur kerana hikmah yang diperolehi cukup besar iaitu membolehkan calon berpeluang menemui pengundi di kulliyyah masing2.

PRK pada kali ini mempertandingkan 24 kerusi kulliyyah dan 5 kerusi antarabangsa. daripada jumlah itu, 12 kerusi kulliyyah dan 4 kerusi antarabangsa di Gombak manakala selebihnya di Kuantan. Tiada kerusi umum mahupun kolej kediaman dipertandingkan. Atas sebab itu, adalah amat perlu bagi calon untuk meperkenalkan diri masing-masing di peringkat kulliyyah agar para pengundi tidak mengundi secara 'semberono' dan membuta tuli pada hari pengundian.

Saya berdoa dan mengharapkan agar selepas ini tidak lagi berlaku pindaan tarikh walaupun tidak mustahil memandangkan sejarah tahun lepas @ semasa saya bertanding telah membuktikan penamaan calon boleh berlaku sebanyak 2 kali kononya atas alasan calon tidak bersedia walhal pada hakikatnya terdapat tangan-tangan ghaib yang mempengaruhi di belakang tabir.

Buat calon-calon yang bertanding, antum betulkan niat kerana Allah s.w.t., mahu berkhidmat untuk sahabat mahasiswa, membantu dari aspek kebajikan dan pembinaan modal insan serta mengasah bakat kepimpinan yang terpendam dalam diri. Idealisma sebagai mahasiswa itu penting tetapi perlu berpijak di bumi yang nyata. Kita perlu realistik dalam setiap kata-kata mahupun tindakan yang kita ambil dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak. Pujangga ada mengatakan, Berkatalah benar sekalipun pahit. Jalan yang dipilih untuk menjadi calon dan sekiranya ditakdirkan menang menjadi MPP sebenarnya tidaklah seindah yang kita sangka dan harapkan. Keindahan dan kemanisan tersebut hanya akan diperolehi sekiranya keikhlasan mengatasi kemahuan atas apa jua langkah dan tindakan yang dilakukan.

Selamat melangkah ke dewan penamaan calon pagi esok, sematkan niat keikhlasan dan Lillahi Ta'ala di hati masing-masing, selamat berkempen dan semoga berjaya....

Siru 'Ala Barakatillah...

MUHAMMAD ADIB BIN HATIM
Mantan Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 07/08



P036 : APA KOMEN ANDA? ... KOMEN SAYA....


Salam takzim untuk semua sahabat...

Seperti biasa pada hari ini semua media sedang hangat memaparkan analisa, komentar atau tidak keterlaluan jika dikatakan satu muhasabah untuk parti Barisan Nasional atau UMNO khususnya. Tatkala pejuang - pejuang PAS sedang melaungkan kegembiraan dengan bertakbir memuji yang Maha Esa sejurus dikhabarkan kemenangan secara tidak rasmi sebelum solat Isyak malam tadi, para pemimpin UMNO terdiri dari orang nombor dua negara, Ketua Wanita, Menteri Besar Terengganu , beberapa jemaah menteri mahupun calon BN sendiri sedang bermuram duka tanda kekecewaan setelah hampir dua minggu berkampung di bumi Darul Iman.

Harapan hanya tinggal harapan, janji perlu dikotakan. Adat pertandingan, pasti ada yang perlu menerima hakikat kemenangan mahupun kekalahan. Saya tertarik membaca akhbar hari ini hyang menyebutkan bahawa calon BN akan tetap meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat Kuala Terengganu walaupun tidak dipilih untuk pilihanraya kali ini. Syabas diucapkan. Moga beliau dapat menumpukan perhatian yang lebih kepada masyarakat Kuala Terengganu khususnya pembangunan modal insan golongan belia memandangkan beliau merupakan ketua UMNO bahagian tersebut.

Analisis dari ahli akademik jelas menunjukkan trend anak muda hari ini menolak kepimpinan yang bercorak materialistik semata-mata. Sebaliknya, mereka lebih mementingkan idealisma dan dahagakan kepimpinan yang lebih telus dan jujur. UMNO perlu menerima hakikat bahawa masyarakat hari ini sudah celik dan tidak mudah termakan dengan janji gula-gula pembangunan fizikal semata-mata. Sebaliknya, mereka harus menerima perubahan dengan menyeimbangkan dengan pembangunan sahsiah dan rohani tidak kira dari peringkat pemimpin mahupun rakyat bawahan.

Sifat takabbur dan angkuh perlu dihapuskan sama sekali. Wang dan kuasa tidak menentukan segalanya. Sebaliknya sikap mesra rakyat sesuai dengan gelaran Y.B. @ Yang Berkhidmat, mendengar suara dan masalah masyarakat, membantu menyelesaikan masalah dan membawa suara masyarakat ke Dewan Parlimen bukan sekadar menjadi pak hangguk mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh pimpinan atasan dengan alasan mahu menjaga periuk nasi, projek dan sebagainya.

Buat calon PAS yang baru dilantik, Tahniah dan Takziah diucapkan. Tahniah kerana telah dipilih oleh rakyat dan Takziah kerana Allah s.w.t. telah menguji sekali lagi dengan beban amanah baru yang dipikul sebagai ahli Parlimen di samping tugas sebagai ADUN Wakaf Mempelam.

Buat pimpinan PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya serta seluruh penyokong, pejuang gerakan Islam, kita harus ingat bahawa kemenangan demi kemenangan yang kita perolehi pada hari ini harus diisi dengan sebaik-baiknya. Slogan 'From People to the People' wajar dijadikan ikutan terutama bagi mereka yang bergelar pimpinan. Bagi segenap penyokong Gerakan Islam, marilah kita bersama-sama membantu pimpinan dengan mengaplikasikan kelebihan yang kita ada. Walaupun sumbangan kita mungkin nampak kecil dan tak seberapa, sekadar mengecat banner, menggantung poster, mahupun membacuh kopi untuk petugas, tapi ingatlah tugas yang ikhlas dilakukan semata-mata mengharapkan ganjarannya itulah yang terbaik di mana kita saling melengkapi antara satu sama lain.

Jadikan kemenangan kita pada hari ini satu suntikan untuk kita lebih bersemangat jitu mendokong panji gerakan Islam ke arah melakar dan mencapai cita-cita yang kita harapkan... Mardhatillah...

salam juang, salam tulus ikhlas dari penulis di hujung selatan tanah air...
Bumi Darul Takzim...

Saturday, January 17, 2009

P 036: PRK KUALA TERENGGANU

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh - BN : 30, 252 undi
Ustaz Abd Wahid Endut - PAS : 32, 883 undi

Azharudin Mamat - BEBAS : 193 undi
JUMLAH PENGUNDI: 80, 229
JUMLAH KELUAR MENGUNDI : 63, 997 ORANG
PERATUS KELUAR MENGUNDI : 79.73%
MAJORITI : 2, 631 UNDI

Assalamualaikum wrt. wbt.

Alhamdulillah...

Keputusan pemilihan PRK Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebentar tadi..

Cukup teruja saya mendengar keputusan tersebut. Pada awalnya, saya menjangkakan keputusan yang diperolehi cukup sengit dengan mengharapkan kemenangan PAS walaupun dengan majoriti tipis.

Syukur Alhamdulillah, moga kemenangan ini anugerah ALLAH s.w.t. dan bukan satu istidraj kepada hambanya. Buat sahabat-sahabat yang berjuang dan mengundi di Kuala Terengganu, Tahniah diucapkan. Semoga Y.B. Ustaz Abdul Wahid Endut yang baru dilantik mampu membawa suara rakyat dan menggegar parlimen untuk sesi dewan rakyat akan datang. Tahniah! :)

Friday, January 16, 2009

IIUM SRC ELECTION 08/09

Ni iklan awal sebelum saya dapat maklumat terkini bahawa SRC election terpaksa ditunda atas sebab kegawatan air yang melanda bumi UIAM sejak rabu lepas dan Alhamdulillah berakhir semalam..

Iklan ni menarik, walaupun dah tukar tarikh, saya tetap nak letak jugak poster ni... huhu...


Maka, dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh baru adalah seperti berikut:


NOMINATION DAY :
19 JANUARY 2009 (MONDAY)
BANQUET HALL, LEVEL 5, ADMIN BUILDING
VOTING DAY :
22 JANUARY 2009 (THURSDAY)
ALL KULLIYYAH LAB AND ITD LAB


Kepada sahabat2 yang masih menuntut di UIAM,
Selamat mengundi... Buatlah pilihan yang bijak :)

BEBASKAN PALESTIN

Doa untuk saudara kita di Palestin...

اللهم عليك باليهود والمنافقين
اللهم يا قادر يا قاهر يا قوي يا عزيز ، اللهم صلِّ وسلم وبارك على نبيك محمد .اللهم عبادك المستضعفين في غزة تجبر عليهم اليهود الملاعين والمنافقين الحاقدين اللهم فانصرهم على أعدائهم وفرج كربتهم وارحمهم ، اللهم من يجيرهم سواك ومن يرأف بهم إلاك اللهم بك نثق وبقوتك نؤمن اللهم شرد اليهود والمنافقين واشدد وطأتك عليهم اللهم شتت شملهم واجعل تدبيرهم تدميرهم يا الله يا الله يا ذا القوة والملكوت ليس لنا رب سواك يا ملجأ المستضعفين دمر الصهاينة وآلاتهم ولا تذر منهم أحدا ومن عاونهم يا قدير يا جبار ،سبحانك تقبل منا دعائنا واحم أعراضنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين وردنا لدينك ردا جميلا يا أكرم الأكرمين .اللهم خالف بين كلمتهم وألق في قلوبهم الرعب وألق عليهم عذابك ورجزك إله الحق اللهم اهزمهم وزلزلهم يا عزيز يا متين يا الله يا الله يا الله أنج المسلمين في كل مكان.
اللهم عليك باليهود ومن عاونهماللهم عليك باليهود ومن عاونهماللهم عليك باليهود ومن
عاونهم

HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL

HANCUR! HANCUR! HANCUR ISRAEL!

JAHANAM! JAHANAM! JAHANAM ZIONIS!

JAHANAM! JAHANAM! JAHANAM YAHUDI!

Demonstrasi Israel saban hari semakin hangat..
Pihak kepimpinan negara sama ada negara Islam, OIC, PBB dan sebagainya sibuk mengisytiharkan resolusi, arahan gencatan senjata, dan sebagainya...
Adakah cukup sekadar itu.... Nyawa saudara kita di Palestin ibarat tidak berharga lagi dek panahan ribuan peluru Israel yang setiap hari tidak mengenal siapa...
Sahabat2... Marilah kita bersama melakukan Jihad... Jihad memboikot barangan Israel mahupun sekutunya Amerika Syarikat...




WAJARKAH ???


Penulis amat terkejut apabila membaca laman web malaysiakini pagi semalam. Bagi penulis, amat tidak wajar pihak yang melakukan perkara tersebut. Penulis merangkap Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sesi 07/08 menyelar sekeras-kerasnya tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagi penulis, institusi ibadat seperti surau tidak wajar dihina dengan diletakkan kepala babi sebegitu rupa. Penulis mendoakan agar individu yang bertanggungjawab akan dikenakan hukuman setimpal selepas ini.


Kepala babi diletak di surau UM
Abdul Rahim Sabri Jan 16, 09 10:28am
Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.
Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.
Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.
Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.
Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.
Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.
"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.
Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.
Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.
Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.
Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.
Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.
Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.
Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.
Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.
Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.
Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.
"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Maaf... Hampir 3 bulan menyepi...



Penulis memohon ribuan kemaafan atas tempoh masa yang panjang tidak 'mengaktifkan blog ini. Insya ALLAH, blog ini akan mula beroperasi sepenuhnya selepas ini.. Berikut disiarkan beberapa paparan aktiviti sepanjang 3 bulan penulis menyepikan diri...

Sepanjang pertengahan November 2008 Penulis agak sibuk membantu keluarga membuat persiapan untuk majlis perkahwinan abang sulung. Majlis pertama, pengalaman pertama...banyak pahit manis, dugaan yang dihadapi... :) .. Kepenatan yang dirasai hilang apabila melihat tetamu yang hadir pada hari tersebut.. Alhamdulillah...

Insya ALLAH selepas ini majlis penulis sendiri.. bila ye...? Hehe, nantikan kad jemputan masing2.. Perkongsian kenangan bersama sahabat-sahabat lain di hari perkahwinan anak sulung keluarga...

Pemandangan dari luar rumah pada awal majlis.. Alhamdulillah, cuaca panas terik memberi kemudahan kepada tetamu yang datang...


Terima kasih atas kehadiran walaupun terpaksa berjalan agak jauh disebabkan masalah parking

jangan silap sangka...:) dengan adik penulis tatkala 'kekalutan' pada tengahari majlis



Tetamu yang hadir bersalam dengan tuan rumah @ ibu dan ayah serta saudara mara



Gambar kenangan keluarga pada petang hari majlis perkahwinan



Saudara mara dan sepupu bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar



Tetamu lelaki di khemah disediakan



Tetamu perempuan selepas menjamu selera