Saya amat tertarik dengan artikel berikut yang dikeluarkan oleh Malaysiakini... Mungkin bagi segelintir aktivis mahasiswa, mereka kurang bersetuju dengan artikel ini. Mungkin juga ada yang merasakan terkena batang hidung sendiri... Aduh.. pedihnya, akan tetapi masih mahu berdalih dan memberi 1001 alasan.
Pada hemat saya, kita wajar menghormati pandangan orang lain. Sekeras mana jiwa kita sekalipun, ambillah yang baik sebagai pengajaran. Saya bertegas dan seringkali mengingatkan sahabat di sekeliling saya, Jangan korbankan prinsip semata-mata untuk mencapai matlamat.. Selain erti kata mudah, matlamat tidak akan menghalalkan cara...
Mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya, prinsip saya yang sebenar, pada hakikatnya, saya menyokong kepada prinsip di pihak yang benar, dan menolak yang batil. Kita baru bertanding dalam kelompok komuniti kampus sahaja, belum terjun ke medan luar yang menjanjikan 1001 cabaran dan dugaan yang kita sendiri tidak tahu mampu menempuhinya atau tidak...
Wallahua'lam...
p/s: di kala ini hati saya berdegup kencang menantikan keputusan PRK UIAM 2009 yang bakal diumumkan dalam sejam dari sekarang. Secara jujurnya, Debaran yang saya hadapi lebih pada hari ini lebih teruk berbanding tahun lepas ketika saya menjadi calon ketika itu. Moga kemenangan berpihak kepada mereka yang berhak menerimanya dan kemenangan itu adalah amanah Allah bukan istidraj semata-mata...
Siru 'ala barakatillah... :)
Pilihanraya kampus kali ini amat hangat sekali dan sama taraf dengan pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil dalam negara. Barang kali kerana edah pilihanraya kampus kali ini sama dengan by pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, maka aksinya adalah sama. Seperti biasa wujudnya surat layang, fitnah, laporan polis dan terkini meletak kepala babi dalam surau di UM. Di UKM, mahasiswa buat laporan polis kerana ugutan dalam SMS dan panggilan telefon. Di UIAM dan UPM pula suara bising berhubung tarikh pilihanraya dan beberapa syarat tertentu, turut berkumandang. Semua ini kebanyakannya berkisar dalam kelompok mahasiswa Islam.Penulis melihat perkara ini adalah terjemahan daripada sikap pemimpin yang gagal. Gagal bertindak sebagai khalifah dan gagal menjalankan amanah. Kenapa? Pertama soal label. Sebenarnya tidak perlulah diletak label sama ada pro-mahasiswa atau pro-aspirasi kerana semua orang sama ada di dalam atau di luar kampus, termasuk di kampung, sudah tahu bahawa yang mengaku pro-aspirasi itu adalah yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala pro-mahasiswa pula ialah pembawa bendera PAS, DAP dan PKR.Kedua, penulis sangat khuatir dengan tindakan segelintir pihak yang suka menangguk di air keruh. Di saat umat Islam ditekan kiri dan kanan, dalam dan luar negara, maka sangatlah perlu semua mahasiswa mengambil sikap 'ihtiat' (berhati-hati) agar apa-apa yang dilakukan itu, tidak mencederakan akidah walaupun untuk mendapatkan kuasa. Islam tidak mengiktiraf matlamat menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik untuk mewujudkan saf kepimpinan yang Islamik tetapi kalau strategi kempen disaluti dengan najis propaganda hitam, kaedah Machiavelle, petikan nas agama di luar konteks, kemenangan tersebut adalah tidak bermakna, berdosa dan haram.Ketiga, politik kampus sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat luar agar berpolitik secara sihat sebagaimana kehendak Islam atau ilmu siyasah yang mana matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Amat malang sekali bila mana kini masyarakat tertanya-tanya di mana lagi contoh yang boleh diambil kerana mahasiswa juga turut terpengaruh dengan budaya songsang politik Barat yang menjadi idola tokoh masing-masing.Penulis menyeru semua mahaguru di universiti agar bangkit untuk membanteras penyakit yang sedang melanda umat Islam di Malaysia ini. Di samping doa, munajat serta solat hajat yang dilakukan saban hari, sumbangan berbentuk tulisan, syarahan, khutbah serta wawancara perlu di pergiatkan lagi oleh kaum cendikiawan agar umat Islam bangkit dari candu politik yang kini kian memakan diri. Ayuh bebaskanlah umat Islam dari rasa syok sendiri, hipokrit dan mimpi yang asyik.
No comments:
Post a Comment