Wednesday, January 21, 2009

UIAM ABAIKAN KONSEP ISLAM

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya agak terkejut membaca akhabar utusan pada hari ini di ruangan Forum. Seorang pembaca telah memberi komen ikhlas berkenaan situasi di UIAM pada ketika ini. Kenyataan yang realiti tetapi agak pahit untuk ditelan oleh semua terutama warga UIAM sendiri. Itulah yang berlaku. Saya amat berharap pihak pentadbiran UIAM, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan ditentukan pada hari esok malah seluruh komuniti UIAM yang dihargai, bangkit dan menyedari hakikat yang berlaku serta mencari titik penyelesaian. Bersama menjaga nama baik Universiti Islam Antarabangsa yang kita cintai.

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan keratan akhbar.


UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepakat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada ketika ini umat Islam seluruh dunia amat memandang tinggi institusi ini. Ini kerana UIA menekankan ciri-ciri Islam kepada pelajar-pelajar dan pekerja. Malah pelawat luar juga dikenakan peraturan untuk menutup aurat apabila memasuki kawasan kampus UIA dan kepada pelawat bukan Islam sekurang-kurangnya memakai selendang bagi perempuan.
Namun pada ketika ini peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu semakin diabaikan oleh pelajar, malahan tiada penguatkuasaan terhadap pelawat yang tidak menutup aurat. Ini dapat dilihat pelajar-pelajar perempuan UIA hanya mengenakan tudung yang jarang, nipis dan amat singkat.
Pelawat yang datang juga hanya mengenakan pakaian paras lutut dan baju tanpa lengan, perkara ini dapat dilihat pada hari pendaftaran. Begitu juga pembekal yang menghantar barang ke dalam kampus.
Saya amat bimbang mengenai perkara ini sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Jika perkara ini diabaikan lama-kelamaan UIA akan dipandang hina oleh masyarakat dan negara luar terutamanya negara-negara Islam.
Oleh itu saya amat berharap pihak bertanggungjawab di UIA dapat mengambil inisiatif mengatasi perkara tersebut. Saya juga dengan rasa prihatin ingin mencadangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan oleh pihak dekan, bahagian disiplin dan juga pihak pengawal keselamatan.
Perkara ini juga meliputi akhlak pelajar-pelajar UIA Kampus Nilai yang mana disiplin mereka berada pada tahap yang agak kritikal apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran. Ini kerana Kampus Nilai terbuka dan tanpa pengawasan dari pengawal dan pihak bertanggungjawab. Perkara ini amat dikesali kerana di Kampus Nilai dapat dilihat pelajar UIA ada yang tidak mengenakan tudung apabila keluar dari kawasan kampus dan pelajar lelaki hanya memakai seluar pendek apabila keluar dari bilik.
Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dari UIA dapat mengambil tindakan yang tegas dan mengetatkan peraturan-peraturan di kampus agar UIAM dapat mengekalkan imej Islam di mata masyarakat.
LOVE ISLAM
UIA

No comments: